Pimpinan UMNO runding tarikh sesuai PRU15

Ahmad Maslan
Ahmad Maslan
A
A
A

PONTIAN - [DIKEMASKINI] Pimpinan tertinggi UMNO akan melakukan rundingan bersama kerajaan bagi mendapatkan kepastian tempoh paling sesuai untuk diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Rundingan pimpinan tertinggi UMNO itu melibatkan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan tiga Naib Presiden (Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dalam rundingan itu, Ismail Sabri selaku Perdana Menteri akan menyatakan pandangannya sebagai wakil kerajaan.

“Rundingan ini akan dibuat bagi mendapatkan tarikh sesuai diadakan PRU15 mengikut pandangan parti. Perkara ini sebenarnya telah selalu kita bincangkan bagi mendapatkan makluman dari setiap sudut.

“Pandangan parti dan pandangan kerajaan ini kita akan rundingkan kerana sehingga kini kita memang mendukung kepimpinan Perdana Menteri (Ismail Sabri), malah perkara ini juga disuarakan oleh presiden (Ahmad Zahid) sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Belia Cemerlang Parlimen Pontian di Dewan Muafakat Sungai Pinggan, di sini pada Sabtu.

Ahmad Maslan (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertubuhan Belia Paling Cemerlang Parlimen Pontian di Dewan Muafakat Sungai Pinggan, Pontian pada Sabtu.
Ahmad Maslan (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertubuhan Belia Paling Cemerlang Parlimen Pontian di Dewan Muafakat Sungai Pinggan, Pontian pada Sabtu.

Dalam pada itu, mengulas mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak berhubung kemungkinan berlakunya kerjasama kembali Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Barisan Nasional (BN), Ahmad berkata, perkara itu sudah jelas dinyatakan oleh kedua-dua parti.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, GPS sudah jelas mengatakan yang mereka mahu bergerak sendiri sebagai parti yang mendukung rakyat Sarawak tetapi masih merupakan rakan baik kepada BN.

“Bergabung semula itu tidak kerana GPS sudah menegaskan yang mereka mewakili rakyat Sarawak jika menang, namun jika BN menang pada PRU15, GPS ada menyuarakan hasrat untuk membentuk kerajaan bersama-sama BN, tetapi bukan menjadi parti komponen.

“Kita hormat keputusan masing-masing dan jika menang untuk membentuk kerajaan pada PRU15, GPS akan menyokong dan kita akan bersama-sama memerintah kerajaan,” katanya.