[VIDEO] Mas Ermieyati sedia terima bekas pimpinan UMNO sertai PN

Mas Errmieyati ketika Wacana Sinar Siri 397 bertajuk ‘Ketepikan Perbezaan Demi Perpaduan?
Mas Errmieyati ketika Wacana Sinar Siri 397 bertajuk ‘Ketepikan Perbezaan Demi Perpaduan?
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengalu-alukan kemasukan mana-mana bekas pimpinan UMNO termasuk Tan Sri Annuar Musa dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar ke dalam Perikatan Nasional (PN) sebagai strategi menghadapi parti lawan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurut beliau, meskipun belum kedengaran sebarang ura-ura daripada pimpinan tertinggi untuk ‘memujuk’ mereka bagi menyertai gabungan tersebut, akan tetapi perkara itu tidak seharusnya menjadi halangan.

“Saya secara peribadi mengatakan, kita seharusnya perlu menerima sesiapa sahaja yang ingin bersama dengan kita.

“Kita tidak boleh menjadi pemimpin yang bodoh sombong memandangkan kita telah membina sebuah parti yang baharu ditambah memenangi banyak kerusi semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), maka sudah pasti penting kita memerlukan lebih banyak sokongan daripada orang ramai tak kisah lah daripada parti mana,” kata beliau Wacana Sinar Siri 397 bertajuk ‘Ketepikan Perbezaan Demi Perpaduan?

Wacana yang dihoskan oleh Ismail Adnan itu turut mengundang Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing serta penganalisis politik, Mujibu Abd Muis sebagai panelis.

Mas Ermieyati menambah, ramai pihak kini sudah menzahirkan kekecewaan terhadap situasi semasa pentadbiran kerajaan terkini.

“Sekiranya, kita ‘menutup pintu’ dan tidak menerima penyertaan mereka, saya kira ia satu kerugian,” ujarnya.