UMT lakar sejarah tersendiri

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat menyempurnakan acara
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat menyempurnakan acara
A
A
A

KUALA NERUS - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melakar sejarah tersendiri dengan memulakan Pelayaran Penyelidikan Saintifik RV Discovery sempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA 19), hari ini.

Terdahulu, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat menyempurnakan acara pelancaran itu di Jeti Duyong Marina Resort di sini, semalam.

Keberangkatan baginda diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah juga merupakan Canselor UMT.

Hadir sama, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A Rahman Yahya dan Mufti negeri, Datuk Dr. Zulkifly Muda.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, Tan Sri Dr Halim Mohamad dan Naib Canselor universiti berkenaan, Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat menyempurnakan acara
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat menyempurnakan acara

RV Discovery memulakan ekspedisi Pelayaran Penyelidikan Saintifik hari ini hingga 6 April depan dan dalam tempoh itu, kapal tersebut akan berlabuh di Dermaga Tanjung Lembung, Pulau Langkawi 24 Mac ini bagi menyertai pameran fasiliti LIMA 19.

Artikel Berkaitan:

Pelayaran RV Discovery itu akan menempuh lebih 40 lokasi kajian di sepanjang laluan maritim itu bagi menjalankan kajian sains marin selain perubahan iklim Malaysia.

Dalam pada itu, Dr Nor Aieni berkata, sempena LIMA 19 pada 26 hingga 30 Mac ini, UMT menjayakan pelancaran penyelidikan saintifiknya hari ini dengan menampilkan ketua pelayaran wanita, Dr Roswati Md Karim.

“Dr Roswati adalah Pengerusi Program Biologi Marin Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran UMT yang mengetuai pelayaran.

"Beliau mengelilingi Semenanjung melalui dua laluan maritim iaitu Laut Cina Selatan dan Selat Melaka selama 20 hari yang turut disertai 25 saintis termasuk lima saintis wanita,” katanya.