'Di Semenanjung pun ditolak, untuk apa orang Sarawak sokong PKR'

 Amar Awang
Amar Awang
A
A
A

SEBUYAU- Parti Keadilan Rakyat (PKR) disifatkan tidak mempunyai kredibiliti untuk membawa suara rakyat Sarawak, kata Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Jelas beliau, PKR sudah ditolak di Semenanjung serta Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan untuk apa rakyat Sarawak perlu memberi sokongan kepada parti itu.

"PKR sudah hilang kredibiliti... jadi untuk apa orang Sarawak mahu bagi sokongan kepada parti itu. Ia tidak akan membawa apa-apa sedangkan orang Semenanjung pun tolak mereka.

"Jadi kita parti yang ada dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) ini akan terus memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat serta negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rayuan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada rakyat Sarawak memberi peluang untuk memilih wakil daripada PKR pada PRN12.

Tambah Awang Tengah, GPS merupakan gabungan yang akan terus memastikan kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri.

Hal ini kerana katanya, GPS lebih memahami keperluan seluruh lapisan masyarakat termasuk di luar bandar.

Selain itu, ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak mengenai tindakan Kerajaan Sarawak menyerahkan hak milik tanah NCR, Awang Tengah berkata, ia bukan dibuat untuk meraih undi.

Artikel Berkaitan:

"Kita lakukan perkara itu sudah lama... bukan bermusim. Kita bukan macam pihak lain yang mengusulkan sesuatu waktu pilihan raya sahaja sebaliknya kita lakukan setiap masa," katanya. -Awani

Ikuti perkembangan semasa #PRNSarawak dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my