Sila log masuk terlebih dahulu.

Sabak Bernam destinasi kedua singgah santai Konvoi #RasuahBusters

Misi Konvoi #RasuahBusters di Lembah Klang diteruskan pada hari ketiga bermula di Pasar Awam Tanjong Karang, Kuala Selangor dan diteruskan ke Tonggak 9, Sungai Besar, Sabak Bernam.- Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Misi Konvoi #RasuahBusters di Lembah Klang diteruskan pada hari ketiga bermula di Pasar Awam Tanjong Karang, Kuala Selangor dan diteruskan ke Tonggak 9, Sungai Besar, Sabak Bernam.- Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
A

SABAK BERNAM - Hari ketiga Konvoi #RasuahBusters menerjah ke lokasi kedua singgah santai di Medan Selera Tonggak 9, Sungai Besar di Sabak Bernam, Selangor.

Majlis bersama orang ramai itu dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Sabak Bernam, Rosmah Ihsan dan Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, Tavamalar R Krisnan.

Selain itu, Ketua Ikram Muda Malaysia, Mohd Hafiz Abd Hamid bersama team Ikram Sabak Bernam turut menjayakan Konvoi #RasuahBusters di Medan Selera Tonggak 9.

Pelbagai hadiah istimewa diberikan kepada orang ramai secara percuma termasuk bantal khas yang disediakan oleh stesen radio terkemuka negara, Era FM dan Sinar FM.

ARTIKEL BERKAITAN:Mesej antirasuah bergema di Selangor

ARTIKEL BERKAITAN:Hashimah pemenang Spot and Win di Malakat Mall

ARTIKEL BERKAITAN:Herman Tino meriahkan Konvoi #RasuahBusters di Tanjung Karang

Artikel Berkaitan: