Bagaikan berada di Jepun

Pokok tekoma yang berbunga mekar di tepi jalan.
Pokok tekoma yang berbunga mekar di tepi jalan.
A
A
A

PONTIAN - Suasana bagaikan musim bunga di Jepun atau Korea. Itulah yang berlaku di Pekan Benut, apabila pokok tekoma di tepi jalan mula berbunga dan berguguran sejak beberapa hari lalu.

Tarikan unik ini hanya dapat dilihat ketika pokok tekoma berbunga pada Mac dan April.

Bunga tekoma berwarna merah jambu dan putih menghasilkan pemandangan indah dan mendapat perkongsian di laman sosial.

Tekoma atau nama saintifiknya Tabebuia Pentaphylla berasal dari Amerika Tengah dan benua Amerika Selatan.

Namun di Malaysia ia dikenali sebagai pohon Cherry Blossom kerana bunganya yang lebat seperti sakura Jepun.

Bagi penduduk, Aziz Haron, 45, pokok tekoma cukup cantik ketika musim bunga di mana bunga akan berguguran membuatkan suasana seolah-olah seperti di luar negara beriklim sejuk.

Katanya, penduduk cukup bertuah kerana dapat melihat panorama bunga tekoma yang kini menjadi tarikan baharu Pekan Benut.

“Tidak banyak tempat yang ada pokok tekoma. Pokok tekoma yang menjadi pokok teduhan di tepi jalan kini menghasilkan pemandangan cukup indah apabila ia berbunga.

Artikel Berkaitan:

“Kerana keindahan pokok ini, ramai yang bergambar dan kemudian dikongsi di laman sosial,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian turut mendapati selain di Pekan Benut pokok tekoma mula berbunga di Pekan Ayer Baloi dan laluan menuju ke Kukup.