Warga asing baring atas jalan maut dilanggar

Lelaki warga asing maut dilanggar sebuah MPV di Phileo Damansara, Petaling Jaya pada Khamis.
Lelaki warga asing maut dilanggar sebuah MPV di Phileo Damansara, Petaling Jaya pada Khamis.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang lelaki warganegara asing maut dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Phileo Damansara, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian jam 10.54 malam itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki warganegara asing berusia 40 tahun dipercayai sedang baring di atas jalan raya dan dilanggar oleh kereta yang keluar dari bangunan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mohamad Fakhrudin memberitahu, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat dan saksi kejadian diminta untuk tampil bagi membantu siasatan.

"Kepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Rozilah Hussin di talian 016 267 9025," katanya.

Artikel Berkaitan: