PRN Sarawak: Ali Biju tarik diri, beri laluan kepada calon GPS

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian, Datuk Ali Biju membuat keputusan untuk menarik diri dari bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Keputusan itu diumumkan oleh beliau dalam satu kenyataan media pada Khamis dipercayai demi menjaga hubungan baik antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Menurut Ali, beliau menawarkan diri sebagai calon DUN Krian dalam PRN-12 setelah mengambil kira pandangan dan desakan daripada pimpinan masyarakat serta pengundi di kawasan tersebut.

"Sebagai wakil rakyat yang dipilih sejak 2011, dukungan dan sokongan yang padu ini telah memperkukuh tekad saya untuk meneruskan khidmat demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi di Krian dan Saratok," katanya.

Bagaimanapun, Ali merangkap penyandang kerusi DUN Krian berkata, beliau sedia maklum bahawa tindakan tersebut akan menjejaskan hubungan baik antara Bersatu dan GPS.

Sehubungan itu, beliau secara rasmi dengan rendah hati dan niat yang ikhlas menarik diri sebagai calon DUN Krian dan memberi sokongan penuh kepada calon GPS, Friday Belik.

"Saya telah mendapat nasihat dari pimpinan tertinggi parti serta jaminan daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung persefahaman politik nasional yang disepakati antara PN dan GPS.

"Justeru itu, saya menyeru kepada seluruh pengundi di DUN Krian, DUN Kalaka dan DUN Kabong yang kesemuanya di bawah Parlimen Saratok untuk memberi dukungan yang padu kepada calon-calon GPS," ujar beliau lagi.

Artikel Berkaitan: