PPR Taman Manggis: Akhirnya penyewa setuju pindah

Foto: Bernama
Foto: Bernama
A
A
A

GEORGETOWN - Penyewa Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis yang diarah mengosongkan unit sewaan mereka minggu lepas hari ini bersetuju mengakhiri bantahan mereka di pekarangan bangunan Komtar di sini setelah mendapat tawaran rumah sewa baharu dari kerajaan negeri.

Lima buah keluarga yang berkampung di pekarangan bangunan pusat pentadbiran negeri itu sejak 6 Mac lepas mengakhiri bantahan mereka setelah rundingan selama kira-kira lima jam bersama beberapa wakil kerajaan negeri di situ.

Salah seorang anggota keluarga penyewa yang terlibat, Nazrimah Jamal Abidin, 44, berkata beliau telah bersetuju dengan tawaran sebuah unit kediaman untuk disewa beli di Lebuh Maccalum di sini dengan bayaran RM230 sebulan.

“Saya bersyukur kerana perkara ini sudah selesai,” katanya yang disertai suami dan lapan anak mereka dalam bantahan itu.

Sementara itu, seorang lagi penyewa, Sophian Mohd Zain berkata, mereka telah dibenarkan untuk kembali menghuni sementara di PPR Taman Manggis untuk tempoh dua minggu lagi bagi urusan perpindahan itu.

Isu itu bermula apabila 22 buah keluarga di perumahan itu diarah mengosongkan unit sewaan mereka 6 Mac lepas kerana melanggar syarat penyewaan dan lima daripada kumpulan keluarga yang terlibat bertindak mengadakan bantahan di pusat pentadbiran kerajaan negeri itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: