Barcelona 'terpukau' aura Bayern Munich di Allianz Arena

Leroy Sane meledak jaringan buat Bayern Munich di Allianz Arena.
Leroy Sane meledak jaringan buat Bayern Munich di Allianz Arena.
A
A
A

BARCELONA tersingkir daripada Liga Juara-Juara selepas dibelasah Bayern Munich 3-0 di Allianz Arena, sekali gus menyaksikan kelab La Liga itu gagal melepasi peringkat kumpulan kejuaraan berprestij kelab Eropah buat kali pertama sejak musim 2000/01.

Gol separuh masa pertama Thomas Mueller (34') dan Leroy Sane (43') meletakkan kelab Bundesliga Jerman, yang memenangi semua enam perlawanan selesa mendahului Kumpulan E, sebelum Jamal Musiala melengkapkan jaringan ketiga pada minit ke-62'.

Untuk rekod, Barcelona mara ke sekurang-kurangnya pusingan 16 setiap kali melakukan penampilan di Liga Juara-Juara sejak 2001, akan meneruskan cabaran di peringkat kedua Liga Europa selepas menduduki tempat ketiga dalam kumpulan.

Pesaing terdekat kelab Portugal, Benfica layak sebagai naib juara kumpulan setelah melakar kemenangan ke atas kelab tercorot Dynamo Kiev.

Barca, yang tidak melakukan sebarang percubaan pada separuh masa kedua hanya menjaringkan dua gol dalam enam perlawanan kumpulan.

The Catalan tewas dua perlawanan terakhir dalam semua kejuaraan menyaksikan kekalahan pertama jurulatih baharu Xavi 1-0 dicatat ketika melayan kunjungan Real Betis pada Sabtu lalu.


KEPUTUSAN

Bayern Munich 3-0 Barcelona

Artikel Berkaitan:

Müller (34')

Sané (43')

Musiala (62')


Benfica 2-0 Dinamo Kiev

Yaremchuk (16')

Gilberto (22')


Juventus 1-0 Malmo

Kean (18')


Zenit St Petersburg 3-3 Chelsea

Werner (2', 85')

Claudinho (38')

Azmoun (41')

Lukaku (62')

Ozdoev (94')


Manchester Utd 1-1 Young Boys

Greenwood (9')

Rieder (42')


RB Salzburg 1-0 Sevilla

Okafor (50')


Wolfsburg 1-3 Lille

Yılmaz 11'

David (72')

Gomes (77')

Steffen (89')