Dua lidah dibalut dengan kerajang emas ditemui

Lidah dipercayai milik seorang lelaki dan seorang wanita yang dibalut dengan kerajang emas dan dikatakan sudah berusia lebih 2,000 tahun ditemui di luar bandar raya Kaherah baru-baru ini.
Lidah dipercayai milik seorang lelaki dan seorang wanita yang dibalut dengan kerajang emas dan dikatakan sudah berusia lebih 2,000 tahun ditemui di luar bandar raya Kaherah baru-baru ini.
A
A
A

KAHERAH - Lidah dipercayai milik seorang lelaki dan seorang wanita yang dibalut dengan kerajang emas dan dikatakan sudah berusia lebih 2,000 tahun ditemui di luar bandar raya Kaherah baru-baru ini.

Penemuan itu dilakukan di Oxyrhynchus atau Al-Bahnasa yang terletak kira-kira hampir 160 kilometer dari Kaherah oleh sekumpulan penyelidik Universiti of Barcelona, Sepanyol.

Menurut Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Mesir, dua lidah itu dipercayai milik penduduk pada zaman Dinasti Saite dipercayai hidup pada tahun 525 Sebelum Tahun Masihi.

Kedua-dua penduduk itu dipercayai hidup pada Dinasti Saite yang juga dikenali sebagai Zaman Terakhir dan berkuasa pada tahun 664 hingga 332 Sebelum Tahun Masihi.

Rangka tulang lelaki tersebut ditemui dalam keranda berukiran yang menunjukan si mati ialah lelaki.

Dalam pada itu, rangka tulang satu lagi ditemui dalam keranda yang menunjukkan si mati ialah wanita.

Keranda lelaki tersebut mengandungi beberapa artifak termasuk tembikar, azimat dan patung pengebumian.

Lidah dibalut dengan kerajang emas itu yang ditemui dalam tengkorak lelaki dan wanita tersebut berada dalam keadaan baik dan ia kerap ditemui pada mumia Mesir sebelum ini. - Agensi

Artikel Berkaitan: