X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 27 Januari 2022

Kesalahan Najib bermula penubuhan SRC: Hakim

Najib
A
A

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu menyatakan, penglibatan Datuk Seri Najib Razak dalam kesalahan sebagaimana pertuduhan dapat dilihat bermula dengan penubuhan Syarikat SRC International Sdn Bhd itu sendiri.

Ketika membaca keputusan penghakiman dalam bahasa Inggeris, Abdul Karim berkata, ia sehinggalah kepada isu kerajaan menjadi penjamin kepada syarikat bermasalah SRC kemudian kelulusan pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

Beliau berkata, Najib selaku perayu, terlibat dalam kelulusan pinjaman RM42 juta itu kemudiannya dimasukkan ke akaun bank perayu.

Ketika bersidang bersama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, beliau berkata, keputusan dan tindakan perayu berkenaan SRC telah dilakukan dalam satu tempoh masa untuk kepentingan peribadinya sendiri.

“Motivasi untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat kabinet dan meluluskan jaminan kerajaan adalah untuk mewujudkan akses kepada dana SRC.

“Justeru, kami dapati sebutan dua keputusan kabinet dalam pertuduhan tunggal di bawah seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyalahi peraturan,” katanya ketika prosiding dijalankan menerusi aplikasi Zoom.

ARTIKEL BERKAITAN:Keputusan rayuan kes SRC Najib dibaca menerusi Zoom

ARTIKEL BERKAITAN:Mahkamah Persekutuan ‘talian hayat’ terakhir

ARTIKEL BERKAITAN:Najib gagal hadir, mahkamah beri pilihan penjara atau zoom

ARTIKEL BERKAITAN:Permohonan Najib hanya lambatkan keputusan rayuan: Pendakwaan

ARTIKEL BERKAITAN:Kronologi kes SRC

ARTIKEL BERKAITAN:Najib kekal bersalah

ARTIKEL BERKAITAN:Terkuburkah karier politik Bossku?


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!