X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

'Loji proses ayam di Thailand, China sah'

JPV beri pengesahan kesemua loji pemprosesan ayam di luar negara untuk Malaysia berstatus halal dan diluluskan oleh Jakim.
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan kesemua loji pemprosesan ayam di Thailand dan China yang disenaraikan di laman sesawang DVS masih sah untuk mengeksport ke Malaysia serta diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Jabatan itu dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, pihaknya memandang serius berikutan video seorang penceramah bebas yang tular di media sosial yang mendakwa loji-loji ayam di Thailand dan China yang mengeksport produk ayam ke Malaysia telah tamat tempoh serta tidak halal.

“JPV ingin memaklumkan terdapat sembilan loji ayam yang diluluskan untuk mengeksport daging ayam dan keratan ayam dari Thailand dan dua dari negara China.

“Senarai loji-loji di laman sesawang JPV dikemaskini dari masa ke masa dan loji-loji yang didapati tidak mematuhi syarat import yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia akan digantung kelulusan eksport.

“Notifikasi penggantungan akan dipaparkan pada nama loji tersebut di laman sesawang JPV untuk makluman pihak-pihak berkepentingan,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, JPV turut menjelaskan bahawa Badan Pengesahan Halal Luar Negara yang mengawal selia aktiviti penyembelihan halal di loji ayam di Thailand, The Central Islamic Council of Thailand dan Shandong Halal Certification Services di China adalah masih sah tempoh pengiktirafan oleh Jakim sehingga 31 Disember 2023.

Justeru, orang awam diingatkan supaya merujuk kepada pihak berkuasa Veterinar dan JPV untuk mendapatkan keterangan serta pengesahan perkara-perkara yang berkaitan sahih sebelum membuat sebarang hebahan dalam media sosial bagi mengelakkan spekulasi.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!