Jamal dilepas tuduhan ceroboh premis judi

No Image Caption
A
A
A

AMPANG - Selepas tiga tahun dituduh menceroboh sebuah premis perjudian di Taman Kosas, Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Ampang hari ini.

Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali membuat keputusan ketika prosiding perbicaraan hari pertama kes berkenaan.

Sejurus kes itu disebut, Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memaklumkan kepada mahkamah bahawa sepina bagi kehadiran saksi ke mahkamah tidak dapat disempurnakan selain pegawai penyiasat kes gagal memastikan kehadiran saksi.

Sehubungan itu, Muhamad Firdaus kemudian memutuskan supaya Jamal dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan itu.

Jamal yang pernah mengetuai Gabungan NGO 1 Malaysia pada 5 Julai tahun lalu,

mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menceroboh kedai Starcom Trading dan Services, nombor 23 & 25, Jalan Kosas 13, Taman Kosas di sini.

Dia bersama Aenol Rofik Mawardi, 21, dan seorang lagi yang masih bebas dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 3.30 petang pada 29 Disember 2016.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Artikel Berkaitan: