Bajet 2022 beri pelbagai manfaat kepada belia

No Image Caption
A
A
A

Inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di IPT

SHAH ALAM – Bajet 2022 bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’ yang diumumkan oleh kerajaan menyediakan pelbagai manfaat kepada belia.

Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah belia pada 2018 adalah seramai 15.1 juta iaitu 46.64 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini.

Antara bantuan yang memberi manfaat kepada belia adalah pelaksanaan inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia dengan pembekalan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Pembekalan tablet tersebut dijangka bakal memberi manfaat kepada seramai 600,000 siswa-siswi daripada keluarga B40 di negara ini.

Menerusi pelaksanaannya, kerajaan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.

Pemberian tablet itu seiring dengan perubahan teknologi di mana kini kebanyakan pengajaran dan pembelajarandi rumah (PdPR) secara dalam talian dan siswa-siswi amat memerlukan peranti.

Ia berbeza dengan pembentangan bajet pada tahun-tahun sebelumnya di mana kerajaan mengumumkan pemberian bantuan seperti Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) atau Kad Diskaun 1Malaysia (KADS1M Debit-i) kepada siswa-siswi.

Artikel Berkaitan:

Menerusi Bajet 2022, para belia yang berumur 18 hingga 20 tahun juga akan memperoleh RM150 secara ‘one-off’ ke dalam akaun e-dompet mereka menerusi pengenalan program e-Start iaitu sebuah skim transaksi tanpa tunai bagi memupuk transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.

Program e-Start itu turut melibatkan pelajar sepenuh masa di IPT dengan peruntukan RM300 juta dan dianggarkan lebih dua juta belia akan menerima manfaat daripada program ini.

Pemberian RM150 ke dalam akaun e-dompet ini telah meningkatberbanding Bajet 2020 di mana pada ketika itu, rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas yang berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun, menerima RM30 melalui program e-Tunai Rakyat.

Sementara itu, bagi sektor pekerjaan, inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja) menawarkan jaminan 600,000 peluang pekerjaan menerusi peruntukan berjumlah RM4.8 bilion.

Selain itu, penerusan inisiatif ‘Malaysia Short-term Employment Programme’ (MyStep) yang menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak, merangkumi 50,000 pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 pekerjaan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mulai Januari 2022, juga membantu para belia di negara ini.

Di samping itu, kerajaan juga mengumumkan peningkatan insentif kepada majikan yang menggaji perantis lepasan sekolah dan graduan berumur 18 hingga 30 tahun sebanyak RM900 sebulan bagi tempoh enam bulan berbanding RM800 sebelum ini.

No Image Caption

Bajet ini turut menyasarkan 220,000 pelatih untuk menjalani pelbagai program latihan dan peningkatan kemahiran dengan peruntukan keseluruhan RM1.1 bilion.

Antara inisiatif yang akan dilaksanakan termasuklah program ‘place and train’ iaitu latihan dengan jaminan pekerjaan.

Kesemua inisiatif ini seperti JaminKerja, MyStep, perantis serta ‘place and train’ diharapkan dapat menurunkan kadar pengangguran negara disebabkan pandemik Covid-19.

Pada 14 Oktober lalu juga, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed menyatakan bahawa kadar pengangguran dalam kalangan belia berumur 15 hingga 30 tahun mencatatkan penurunan yang memberansangkan apabila buat pertama kali angkanya turun di bawah paras sembilan peratus sejak April 2020 iaitu pada 8.9 peratus atau 502,300 orang.

Selain itu, buat pertama kalinya menerusi bajet kerajaan, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negaradengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia, akan mengedarkan secara percuma kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada 130,000 remaja wanita golongan B40.

Ini kerana, dianggarkan 130,000 remaja wanita dari keluarga B40 di Malaysia tidak mendapat akses kepada produk kebersihan seperti tuala wanita atas sebab kekangan kewangan.

Dalam pada itu, krisis pandemik ini juga telah membuktikan bahawa sistem perlindungan sosial perlu diperkukuhkan dan diberi keutamaan kepada semua.

Di bawah Program Baucar Perlindungan Tenang, penerima bantuan B40 layak menerima baucar RM50 sebagai bantuan kewangan untuk membeli produk Perlindungan Tenang termasuk takaful hayat dan kemalangan diri.

Pada tahun 2022 juga, inisiatif itu akan diteruskan dengan nilai baucar ditingkatkan kepada RM75. Baucar ini juga boleh digunakan untuk membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah mulai 1 Januari 2022.

Bagi tahun hadapan, inisiatif Perkeso akanditeruskan dengan nilai caruman 80 peratus oleh kerajaandan manfaatnya diluaskankepada sembilan kategoripekerja sendiri baharu, termasuk petani, nelayan, penjaja, artis, ejen pelancongan dan petugas Pemulihan Dalam Komoniti.

Inisiatif ini dapat memanfaatkan lebih 810,000 pekerja sendiri di negara ini.

Kerajaan menerusi Bajet 2022 turut memperkenal Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion yang dijangka memanfaatkan 9.6 juta penerima.

REAKSI

Zahratul Najiha
Zahratul Najiha

Mahasiswi, Zahratul Najiha Mat Hambali, 19

Pengkreditan RM150 kepada belia yang berumur 18 hingga 20 tahun ke dalam akaun e-dompet menerusi Program e-Start akansangat membantu saya sebagai seorang mahasiswi untuk membeli barang-barang pembelajaran di IPT.

Gunasilan
Gunasilan

Peniaga, Gunasilan Vicraman, 30

Peluasan skop oleh kerajaan melalui Program Baucar Perlindungan Tenang untukpenunggang motosikal amat dialu-alukan kerana ia membantu individu seperti saya yang mencari rezeki dengan menggunakan motosikal.

Nur Khairina
Nur Khairina

Mahasiswi, Nur Khairina Mohd Khairil Amri, 19

Pengkreditan RM150 ke dalam akaun e-dompet membantu saya untuk membeli barangan keperluan untuk pembelajaran saya. Terima kasih kepada kerajaan.

Nur Syamila
Nur Syamila

Peniaga, Nur Syamila Kamarul Arefin, 26

Pelaksanaan inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi sangat bagus. Ini kerana ada dalam kalangan golongan B40 ni tidak berpeluang memasuki kelas disebabkan tidak mempunyai peranti.

Moganraj
Moganraj

Timbalan Presiden Pergerakan Belia Inspirasi, Moganraj Villavan, 30.

Program seperti JaminKerja membolehkan membantu ramai remaja selepas mereka tamat pembelajaran. Selain itu, pelaksanaan program ‘place and train’ oleh kerajaan juga membantu mereka membentuk kerjaya sendiri selepas menghadirinya.

Ching Ween Man
Ching Ween Man

Guru, Ching Ween Man, 31

Perlindungan sosial bagi pekerjaan sendiri dan sektor informal seperti petani, nelayan, penjaja, atau artis dengan nilai caruman 80 peratus amat membantu individu yang bekerja sendiri sekiranya terjadi apa-apa kepada mereka.

Ivy Chong AK Simon Peter
Ivy Chong AK Simon Peter

Pekerja swasta, Ivy Chong AK Simon Peter, 26

Dengan pemberian insentif seperti caruman 80 peratus perlindungan informal, lebih ramai orang akan berasa yakin menceburi bidang yang ‘kurang popular’.

Aliya
Aliya

Suri rumah, Aliya Abdul Salam, 27.

Penerima Bantuan Keluarga Malaysia tentunya berasa senang apabila kerajaan memberikan bantuan pada mereka. Inimenunjukkan bahawa kerajaan faham akan kesusahan yang dialami. Inisiatif seperti ini sangat baik.