X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 24 Januari 2022

Siasatan kes seleweng geran Mitra pada peringkat akhir

Azam pada sidang akhbar di Seremban pada Selasa.
A
A

SEREMBAN - Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes penyelewengan geran Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) kini pada peringkat akhir.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihak pendakwa raya bersetuju untuk membuat pendakwaan dan lebih sembilan individu yang terlibat bakal dituduh di mahkamah awal tahun depan.

"Kita sudah buat perbincangan dengan pihak pendakwa raya beberapa kali dan Insya-ALLAH mereka bersetuju dengan beberapa pihak supaya dicadangkan pertuduhan.

"Mungkin (pertuduhan) pada awal tahun depan, kita akan dakwa individu bukannya syarikat. Setakat yang saya tahu, tidak kurang sembilan orang," katanya ketika sidang akhbar di sini pada Selasa.

Beliau sebelum itu hadir Majlis Kolokium Anti Rasuah "Adat Perpatih Melingkari Hidup Berintegriti" di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan di sini.

Menurutnya, lebih banyak syarikat yang terbabit menerima geran daripada Mitra dari 2018 hingga 2020 akan disiasat, namun ia dilakukan secara berperingkat.

Selain itu katanya, siasatan membabitkan rasuah adalah rumit dan memakan masa yang panjang. Jadi siasatan secara berfasa perlu dilaksanakan.

"Siasatan terhadap syarikat lain masih lagi diteruskan kerana penyiasatan kita sekarang ini membabitkan banyak syarikat.

"Kita akan habiskan dulu 10 syarikat. Kita ada lagi 17 syarikat sedang disiasat dan kemudian kita akan teruskan lagi ke syarikat lain.

"Seperti mana saya janjikan dahulu mengenai pembuktian adakah geran yang diberikan kepada syarikat ini dibelanjakan dengan betul ataupun tidak," katanya.

SPRM sebelum ini meneliti geran peruntukan oleh Mitra yang diberikan kepada 337 syarikat, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak 2019 hingga 2021 dengan peruntukan berjumlah kira-kira RM203 juta.

Siasatan SPRM berhubung pengurusan dana agensi berkenaan kini terbahagi kepada dua fasa, dengan fasa satu terarah kepada kira-kira 27 syarikat, persatuan dan NGO yang menerima antara RM1 juta hingga RM9 juta.

Fasa kedua siasatan pula akan dijalankan menerusi kerjasama dengan Kementerian Perpaduan Negara, menerusi penubuhan sebuah jawatankuasa khas bagi memperhalusi kesahihan penggunaan geran Mitra, membabitkan peruntukan kurang daripada RM1 juta.

Berdasarkan siasatan terhadap 10 syarikat dalam fasa satu sebelum ini, didapati 80 peratus daripadanya menyalahgunakan dan menyeleweng peruntukan untuk kepentingan peribadi, berbanding tujuan asal iaitu meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!