LGBT: Kerajaan negeri perlu ambil tindakan serius, kata Mufti

Mohd Tamyes
Mohd Tamyes
A
A
A

SHAH ALAM - Islam tidak menghalang kebebasan namun perlu berlandaskan syarak.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, kebebasan cara hidup golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) perlu dibendung sewajarnya daripada terus merebak.

"LGBT dilihat bercanggah dengan agama, secara terang-terangan perjuangan mereka ialah lelaki boleh berkahwin dengan lelaki, perempuan boleh berkahwin dengan perempuan.

"Wajar sekiranya Kerajaan Negeri Selangor mengambil tindakan serius berkaitan isu ini memandangkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah bertitah bahawa ancaman LGBT ibarat api dalam sekam yang sedang memusnahkan Islam dan pengikutnya dari dalam," katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataannya dalam sebuah media tempatan di sini, perkara ini perlu ditangani agar tidak menjadi ikutan.

"Islam adalah agama terpimpin serta bukannya bebas mengikut logik semata-mata.

"Sultan Selangor juga sudah menyuarakan perkara ini, tapi kita bertindak bukan atas titah Tuanku semata-mata, sebaliknya, umat Islam ini perlu patuh pada undang-undang syarak," katanya.

Terdahulu, Sultan Selangor menerusi akaun Instagram Selangor Royal Official bertitah, fahaman liberalisme yang memperjuangkan hak kesamarataan sehingga membawa budaya LGBT perlu ditangani segera.

Artikel Berkaitan:

Baginda bertitah, budaya LGBT itu perlu ditangani dengan lebih berkesan agar ianya tidak menjadi satu ikutan dan trend.