X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 28 Mei 2022

Polis saman dua pemandu potong barisan

Gambar tular mengenai beberapa kenderaan memotong barisan yang dimuat naik seorang pengendali Facebook pada Isnin.
A
A

KUALA SELANGOR - Polis berjaya mengesan dan menyaman dua pemandu yang bertindak memotong barisan di Kilometer 31.8 Jalan Klang – Teluk Intan di lampu isyarat simpang empat Jeram di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, polis mengesan dua pemandu tersebut menerusi nombor pendaftaran kenderaan terbabit.

Menurutnya, berpandukan maklumat itu, pasukannya telah bertindak mengesan kedua-dua mereka di alamat kediaman masing-masing.

"Hasil temu bual dengan dua pemandu mendapati mereka mengaku memotong barisan kenderaan lain kira-kira jam 6.30 petang di lokasi kejadian.

"Polis menasihati kedua-dua pemandu supaya memandu dengan bertanggungjawab dan bertimbang rasa terhadap pengguna jalan lain," katanya.

Beliau berkata, tindakan saman telah diambil terhadap dua pemandu itu mengikut Rule 6(1)A LN166/59 (Memotong Secara Bahaya/Potong Q) kepada kedua-dua pemandu terbabit.

Ramli berkata, sebelum ini, pihaknya menerima maklumat berhubung kiriman gambar di laman sosial Facebook berhubung tindakan beberapa pemandu memotong barisan di lampu isyarat terbabit.

"Kami mendapat maklumat selepas tersebarnya gambar pemandu memotong barisan kira-kira jam 7 petang pada Isnin," ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!