Pengurus bank maut kemalangan

Kereta Proton Persona dipandu mangsa terbabas dan melanggar sebuah lori di bahu jalan. (Gambar kecil: Arumugam)
Kereta Proton Persona dipandu mangsa terbabas dan melanggar sebuah lori di bahu jalan. (Gambar kecil: Arumugam)
A
A
A

TAMPIN - Seorang pengurus bank maut dalam kemalangan di Kilometer 22.5 Jalan Tampin-Gemas di hadapan kilang Gemencheh Granite di sini pada pagi Selasa.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa N Arumugam, 40, dipercayai dalam perjalanan dari arah Tampin menghala ke Gemas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Amiruddien Sariman berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Proton Persona dipercayai telah hilang kawalan sebelum melanggar sebuah lori.

"Kejadian itu mengakibatkan kereta dipandunya terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan melanggar bahagian hadapan sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan.

"Mangsa yang bekerja sebagai pengurus sebuah bank di Serdang, Selangor mengalami parah dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tampin untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: