X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

Zii Jia buru keputusan positif di Huelva

Lee Zii Jia FOTO: Badminton Association of Malaysia - BAM
A
A

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia melaungkan amaran akan menggunakan Kejuaraan Dunia di Sepanyol yang menyingkap tirai dari 12 hingga 19 Disember ini sebagai pentas mencipta keputusan positif bagi melabuh tirai kalendar badminton tahun ini.

Malah menurut pemain berusia 23 tahun yang berstatus ranking kelapan dunia bertekad untuk menampilkan persembahan terbaik pada kejuaraan tersebut dengan berbaki tempoh kejohanan yang kurang dari seminggu tersebut.

“Saya akan memanfaatkan tempoh masa yang ada untuk berehat selain melakukan persiapan bagi menghadapi Kejuaraan Dunia. Saya ada tempoh lebih kurang seminggu lebih sebelum Kejuaraan Dunia bermula,” katanya yang terkandas di peringkat separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF pada Sabtu.

Juara Seluruh England yang juga merupakan pilihan kedua kejuaraan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bali tersebut terpaksa akur kehebatan pemain ranking ke-23 dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn, 21-18, 21-18.

Di Huelva, pemain kelahiran Kedah itu dijadualkan menyingkap kempen menentang pemain ranking ke-46 dunia dari Kanada, Jason Jason Ho-Shue.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!