Lebih 1,000 produk ‘Kelate’ bakal tarik pelancong ke Kala Sentral

Ab Aziz (dua dari kanan) menunjukkan produk makanan iaitu tapai ubi kayu yang dihasilkan oleh usahawan tempatan di KALA Sentral di Dataran Muhammadi, Kota Bharu pada Isnin.
Ab Aziz (dua dari kanan) menunjukkan produk makanan iaitu tapai ubi kayu yang dihasilkan oleh usahawan tempatan di KALA Sentral di Dataran Muhammadi, Kota Bharu pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Lebih 1,000 produk makanan dan kraftangan negeri Kelantan bakal menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara di pusat pemasaran produk usahawan tempatan di Kelantan Authentic Lifestyle & Arts (KALA) Sentral di Dataran Muhammadi, di sini bermula pada Isnin.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ab Aziz Yunus berkata, produk-produk hasil keluaran lebih 200 anak jati di negeri ini terdiri daripada usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Katanya, PKINK turut komited membantu usahawan Bumiputera dalam bidang pembuatan dan pengeluaran produk halal.

“Pembangunan KALA Sentral bertujuan memperkasakan usahawan Bumiputera dan menjadi pemacu sebahagian besar PMKS.

“Usaha ini dijangka dapat membantu mereka menjana pendapatan lebih 50 peratus menerusi pemasaran produk tanpa sebarang caj tapak,” katanya pada sidang akhbar Hari Pembukaan KALA Sentral di Dataran Muhammadi, di sini pada Isnin.

Ab Aziz berkata, KALA Sentral mengumpulkan produk-produk tempatan untuk dijual yang berasaskan makanan dan minuman, pakaian, kraftangan dan cenderamata.

“Pemasaran produk-produk dilakukan secara runcit dan borong bertempat di KALA Sentral selain mempromosikan produk secara fizikal serta maya.

“Mereka juga akan dibantu dari segi logistik dan bantuan untuk meningkatkan lagi kualiti produk dari segi pembungkusan, penjenamaan dan pemasaran ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ujar beliau, pada masa sama usahawan PMKS digalakkan memperkasakan agenda transformasi digital bagi memacu pertumbuhan ekonomi dalam norma baharu pandemik Covid-19.

“Kami turut bekerjasama dengan agensi pembiayaan seperti Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Majlis Amanah Rakyat (Mara) Amanah Ikhtiar dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).