Ahli Parlimen Bandar Kuching, Presiden SUPP tumpuan Batu Kawah

Presiden SUPP, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian - Foto Bernama
Presiden SUPP, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Kehadiran Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Ahli Parlimen Bandar Kuching daripada DAP, Dr Kelvin Yii Lee Wuen di pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Padawan di sini menjadi tumpuan banyak pihak.

Kedua-dua tokoh politik itu akan bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.

Dr Sim yang akan mempertahankan kerusi DUN Batu Kawah itu dilihat memasuki pusat penamaan calon tepat jam 9 pagi, sementara Dr Yii pula masuk ke pusat penamaan calon pada pukul 9.04 pagi.

Sementara itu, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Chai Kueh Khun pula dilihat masuk ke dewan penamaan pada jam 9.06 pagi.

Pada PRN Ke-11, Dr Sim memperoleh 6,414 undi menewaskan Christina Chiew Wang See daripada DAP dengan majoriti 2,085 undi, dan calon bebas Liu Thian Leong. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: PRN Sarawak: Aktiviti rentas negeri berkempen tidak dibenarkan

Ikuti perkembangan semasa #PRNSarawak dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan: