X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

Skuad negara kelapan terbaik dunia di pentas Piala Dunia Remaja

Antara aksi menarik pertemuan Malaysia menentang Sepanyol bagi perlawanan penentuan tempat ketujuh kelapan Piala Dunia Remaja di Bhubaneswar. FOTO: Malaysian Hockey Confederation
A
A

[DIKEMAS KINI] SKUAD hoki remaja negara terpaksa akur menamatkan kempen Piala Dunia Remaja (JWC) 2021 di kedudukan kelapan, selepas tewas 4-1 kepada Sepanyol di Bhubaneswar, India pada Ahad.

Pada aksi penentuan tempat ketujuh/kelapan di Stadium Kalinga itu, Malaysia terlebih dahulu mengejutkan Sepanyol menerusi jaringan kapten pasukan Mohamad Akimullah Anuar seawal minit keempat.

Namun, Sepanyol pantas menyamakan kedudukan menerusi jaringan padang Eduard De Ignacio-Simo tiga minit kemudian, menyaksikan kedua-dua pasukan terikat hingga suku terakhir.

Sepanyol, yang meraih gangsa edisi 2005, bagaimanapun mengesahkan tempat ketujuh menerusi tiga gol pukulan sudut penalti daripada Pau Cunill pada minit ke-49 dan 58, dan Pepe Cunill pada minit ke-55.

Sementara itu, Mohamad Akimullah berkata, skuad kendalian Wallace Tan itu telah melakukan sebaik mungkin namun Sepanyol tampil lebih lincah merebut peluang yang wujud untuk meledak gol.

"Persembahan pemain telah meningkat pada perlawanan kali ini, tapi kami perlu memperbaikinya lagi. Kita berjaya mencipta peluang tapi gagal menterjemahnya kepada jaringan,” katanya dalam temu bual bersama Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) selepas perlawanan itu.

Malaysia mara ke suku akhir sebagai naib juara Kumpulan A, selepas menewaskan Chile 2-1 pada 24 November lepas sebelum terikat 1-1 dengan Belgium (26 November) dan mengalahkan Afrika Selatan 4-3 pada 27 November.

Namun di peringkat kalah mati, Malaysia dibenam 4-0 oleh Perancis pada suku akhir, Rabu lepas, sebelum dibelasah 9-3 oleh Belanda dalam penentuan tempat kelima-kelapan pada Jumaat.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam Piala Dunia Remaja ialah dengan menduduki tempat keempat sebanyak tiga kali, iaitu edisi sulung pada 1979, 1982 dan 2013.

Anak buah Wallace selepas ini akan membuat persediaan untuk menghadapi JWC seterusnya, dengan Malaysia bakal menjadi tuan rumah edisi 2023 buat kali keempat, selepas 1982, 1989 dan 2009. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!