X

Kindly register in order to view this article
!

Anmum™ Essential kini dirumus dengan buah kurma

Anmum ™ Essential with Dates.
A
A

IBU-IBU di Malaysia kini boleh menyediakan anak-anak mereka dengan kebaikan tenusu dan kurma sebenar dengan cara yang baharu dan yang pastinya, lazat.

Anmum ™ Essential with Dates adalah susu tepung formula untuk kanak-kanak berumur satu tahun ke atas.

Bersama dengan kurma sebenar, rumusan unik ini dengan Mind-Q Connect ™ mengandungi DHA (docosahexaenoic acid) dan 2x lebih GA® (gangliosides), serta prebiotik, inulin.

Inulin membantu mengekalkan persekitaran usus yang baik untuk menyokong sistem pencernaan yang bagus.

Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia, Karen Ong berkata, pihaknya tidak menafikan tentang keinginan setiap ibu yang mahu memupuk dan menggalakkan anak masing-masing melalui kehidupan yang sihat.

"Kami percaya bahawa ibu-ibu dapat membantu anak-anak mereka dengan menyediakan nutrisi yang baik supaya mereka mampu berkembang dengan cara sihat dari segi mental dan fizikal.

"Kami di sini menyokong ibu-ibu Malaysia dengan menyediakan Anmum ™ Essential dengan kurma," katanya. Kurma adalah antara buah yang paling lama ditanam di dunia dan terkenal serta berharga untuk manfaat kesihatan selama berabad-abad.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran di Fonterra Brands Malaysia, Irene Cheah berkata, kurma diketahui sumber yang mempunyai serat, vitamin, mineral dan tenaga.

"Dengan rumusan yang baik dan sihat untuk membantu mereka bertambah bahagia dan sihat, susu formula yang baru ini dihasilkan untuk menjadi nikmat harian bagi ramai kanak-kanak Malaysia," katanya.

Anmum ™ Essential with Dates kini boleh didapati di semua peruncit utama.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!