Nahas motosikal: Dua termasuk pelajar Tingkatan 4 maut

Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa yang maut jatuh di atas jalan manakala dua pembonceng tercampak hampir 10 meter ke atas jalan. - Foto ihsan PDRM
Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa yang maut jatuh di atas jalan manakala dua pembonceng tercampak hampir 10 meter ke atas jalan. - Foto ihsan PDRM
A
A
A

LANGKAWI - Seorang pelajar dan seorang buruh warga Rohingya maut manakala dua lagi parah selepas motosikal yang mereka tunggangi bertembung dalam kemalangan di Ulu Melaka, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kejadian jam 10.22 malam itu melibatkan motosikal jenis Honda Wave dan Yamaha LC yang datang dari arah bertentangan.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Ku Nur Shahrizal Ku Nor Sazali, 16 tahun, dan Anas Ali, 28 tahun, yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Dua yang parah pula merupakan isteri Anas, Artiyah Lashidullah, 20 tahun, dan anak mereka Nadiyah, 5 tahun, yang membonceng motosikal terbabit.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggangi pelajar Tingkatan 4 itu, yang datang dari arah Ulu Melaka menghala ke Air Hangat, memasuki laluan bertentangan.

"Di tempat kejadian, motosikal dinaiki tiga beranak warga Rohingya itu berada di laluannya, lalu bertembung secara berhadapan,” katanya ketika dihubungi Awani

Shariman berkata, akibat pelanggaran itu kedua-dua mangsa yang maut jatuh di atas jalan manakala dua pembonceng tercampak hampir 10 meter ke atas jalan.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

Manakala dua yang parah dihantar ke bahagian kecemasan hospital sama untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Awani