X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

Lelaki amuk, pecahkan mesin bank ditahan

Keadaan mesin ATM yang dirosakkan suspek dalam kejadian di RnR Genting Sempah di sini pada Jumaat.
A
A

BENTONG - Seorang lelaki ditahan kerana mengamuk dan merosakkan sebuah mesin juruwang automatik (ATM) di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Genting Sempah di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 pagi itu, suspek berusia 30 tahun bertindak merosakkan harta benda awam berkenaan menggunakan sebilah parang.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota ke lokasi kejadian sebelum melakukan tangkapan ke atas suspek.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu memiliki rekod jenayah lampau berkait penyalahgunaan dadah.

"Suspek ditahan reman selama empat hari bermula Jumaat untuk siasatan lanjut.

"Suspek juga akan dirujuk ke hospital untuk rawatan psikiatri kerana hasil semakan mendapati lelaki itu pernah mendapat rawatan berkaitan penyakit itu di sebuah hospital di Kuala Lumpur," katanya melalui satu kenyataan pada Jumaat.

Zaiham berkata, tindakan pantas orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kejadian amat dihargai dan telah membantu pihak polis.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!