Kehangatan PRN Sarawak semakin hampiri

SPR menetapkan Pilihan Raya Negeri Ke-12 Sarawak diadakan pada 18 Disember depan.
SPR menetapkan Pilihan Raya Negeri Ke-12 Sarawak diadakan pada 18 Disember depan.
A
A
A

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak semakin menghampiri dengan hanya berbaki tiga hari lagi bagi penamaan calon yang mewakili parti-parti politik negara.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Negeri Ke-12 Sarawak diadakan pada 18 Disember depan.

Tarikh penamaan calon pula pada 6 Disember, manakala pengundian awal diadakan pada 14 Disember.

Desas desus siapa yang bakal mewakili 82 kerusi juga masih menjadi tanda tanya.

Pada Khamis, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak akan bertanding di 49 daripada 82 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 yang akan berlangsung pada 18 Disember ini dengan mempertaruhkan gabungan calon muka baharu dan lama.

Pemangku Pengerusi PKR Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh berkata, senarai penuh calon itu sedang diperinci dan dijangka diumumkan oleh parti pagi ini.

Menurut Abang Zulkifli, pihaknya telah mengenal pasti calon-calon kita yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, suku kaum dan pendidikan.

Beliau merasakan kali ini PKR tidak akan kekurangan pemimpin-pemimpin yang mampu melaksanakan tugas di peringkat negeri.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, jumlah sebenar kerusi yang bakal ditandingi Pas pada PRN Sarawak ke-12 masih menjadi teka-teki.

Naib Presidennya, Senator Idris Ahmad yang ditemui pemberita pada Majlis Pertemuan Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama ketua-ketua pegawai eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) turut mengunci mulut ketika ditanya mengenai perkara berkenaan.

"Setakat ini Pas akan bertanding. Nanti hari penamaan calon kita tengok berapa kerusi," katanya ketika diminta mengulas mengenai jumlah keseluruhan kerusi yang ditandingi Pas pada PRN Sarawak.

Selain itu, Parti Warisan tidak akan campur tangan berhubung kempen dan pelaksanaan PRN Sarawak yang akan berlangsung pada 18 Disember ini.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pihaknya tidak akan menghantar jentera untuk membantu kempen di PRN itu nanti.

"Amalan kita sejak dulu tidak campur dengan Sawarak. Kita serahkan kepada jiran Sarawak untuk tangani masalah mereka," katanya ketika ditanya sama ada jentera Warisan akan ke Sarawak untuk membantu kempen dalam PRN itu nanti.