X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Seorang maut, lima cedera kemalangan tiga kenderaan

Mangsa dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan selepas cedera akibat kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kampung Nasip Kita, Jalan Apas, Tawau.
A
A

TAWAU - Seorang wanita maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kampung Nasip Kita, Jalan Apas, pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu, mangsa, Noor Aqila Ibrahim, 27, meninggal dunia di lokasi manakala lima lagi mangsa berusia antara 26 hingga 30 tahun cedera di beberapa anggota badan.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.57 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kira-kira 26 kilometer dari BBP Tawau selepas menerima maklumat tiga kenderaan bertembung iaitu dua Toyota Vios dan sebuah Proton Saga.

Keadaan salah sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Kampung Nasip Kita, Jalan Apas, Tawau.
Keadaan salah sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Kampung Nasip Kita, Jalan Apas, Tawau.

"Tujuh mangsa terlibat dalam kemalangan itu. Empat termasuk seorang wanita berada dalam Proton Saga cedera dan seorang mangsa lelaki di kenderaan Toyota Vios tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Bagaimanapun, dua mangsa dalam sebuah lagi Toyota Vios iaitu seorang lelaki mengalami patah kaki kiri dan seorang mangsa perempuan disahkan meninggal dunia di lokasi," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Julius berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Semua mangsa yang cedera menerima rawatan awal daripada Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Tawau.

"Operasi tamat pada jam 3.44 petang," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!