PRN Sarawak: Pas masih berteka-teki jumlah kerusi ditandingi

Idris (dua dari kiri) bersama Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee (kiri) dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Hakimah Mohd Yusoff (tiga dari kiri) serta Editor Kanan Pengurus Hal Ehwal Agama dan Penerbitan Al-Quran Kumpulan Karangkraf, Ahmad Yani Abd Manaf (kanan) pada Majlis Pertemuan Rasmi Jakim bersama ketua-ketua pegawai eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Putrajaya pada Khamis.

A
A
A

PUTRAJAYA - Jumlah sebenar kerusi yang bakal ditandingi Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 masih menjadi teka-teki.

Naib Presidennya, Senator Idris Ahmad yang ditemui pemberita pada Majlis Pertemuan Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama ketua-ketua pegawai eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) turut mengunci mulut ketika ditanya mengenai perkara berkenaan.

"Setakat ini Pas akan bertanding. Nanti hari penamaan calon kita tengok berapa kerusi," katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jumlah keseluruhan kerusi yang ditandingi Pas pada PRN Sarawak.

Pada 5 November lalu, Penolong Setiausaha Pas Sarawak, Syamsul Bahrie Mohamad mengesahkan parti itu akan bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ia melibatkan kawasan DUN Kemena, Beting Maro, Semariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Jepak, Lambir, Pujut dan Samalaju.

Bagaimanapun Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada Selasa menegaskan parti itu akan meletakkan calon kurang daripada 11 kerusi.

Artikel Berkaitan: