Polis cari dua saksi perbicaraan kes dadah

Mohamed Faizal Mohd Yunus, Soo Chin Eng
Mohamed Faizal Mohd Yunus, Soo Chin Eng
A
A
A

GEORGETOWN - Polis mencari dua lelaki untuk menjadi saksi bagi perbicaraan dua kes pengedaran dadah yang akan dijalankan di Mahkamah Tinggi Georgetown pada 9 dan 16 Disember ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya mencari Soo Chin Eng yang berusia 44 tahun yang beralamat di 6, Jalan Rambai 4, Paya Terubong, di sini.

Menurutnya, untuk saksi kedua pula, polis mencari Mohamed Faizal Mohd Yunus berusia 45 tahun yang beralamat di 3-3-11 Taman Bukit Erskine, Tanjung Tokong.

"Saksi pertama iaitu Chin Eng dikehendaki hadir ke mahkamah pada 9 Disember ini. Mereka yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki ini diminta menghubungi Inspektor Tuan Nur Aziera Tuan Putera di talian 0135904219.

"Sementara itu, saksi kedua iaitu Mohamed Faizal pula perlu hadir ke mahkamah pada 16 Disember ini. Sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Ismail Mohamed di talian 013-6078328," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah Soffian, kedua-dua perbicaraan itu membabitkan kes berasingan mengikut Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: