UM tubuh Fakulti Farmasi

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa Universiti Malaya (UM) kini mula menawarkan program Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) setelah tertubuhnya Fakulti Farmasi di pusat pengajian tinggi (IPT) itu.

Menerusi satu kenyataan, dimaklumkan bahawa Lembaga Pengarah UM meluluskan penubuhan Fakulti Farmasi bagi membolehkan program tersebut ditawarkan kembali mulai sesi pengajian tahun 2019/2020.

"Penubuhan fakulti tersebut membolehkan UM menawarkan kembali program itu yang telah dihentikan sejak tahun lalu susulan saranan dan pandangan Lembaga Farmasi Malaysia bahawa program farmasi tidak wajar diberikan akreditasi tanpa adanya Fakulti Farmasi yang khusus demi memberi autonomi kepada fakulti tersebut.

"Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira pelbagai pertimbangan termasuk pandangan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik, Parlimen serta orang awam. Langkah ini akan memenuhi keperluan semasa,sekaligus melonjakkan reputasi dan kedudukan UM dalam sektor pendidikan tinggi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, bagi tujuan itu, pihak UM mengambil segala langkah yang perlu termasuk aspek tenaga pengajar dan kemudahan-kemudahan lain bagi membolehkan fakulti terbaharu itu beroperasi dalam waktu terdekat.

"Kira-kira 40 orang pelajar akan diambil untuk mengikuti program Sarjana Muda Farmasi (Kepujian).

"Selain program Sarjana Muda Farmasi(Kepujian),Fakulti ini juga akan menawarkan Ijazah Sarjana Sains Kesihatan (Penyelidikan)[akan dipinda kepada Ijazah Sarjana Sains Farmasi(Penyelidikan)]dan Ijazah Doktor Falsafah (Penyelidikan)," katanya.

Artikel Berkaitan: