18 kampung orang asli disedia kemudahan jalur lebar

hiasan
hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan negeri menyediakan kemudahan infrastruktur komunikasi bagi perkhidmatan jalur lebar menggunakan teknologi satelit di 18 lokasi perkampungan orang asli di negeri ini.

Exco Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, kemudahan yang disediakan itu merupakan antara inisiatif pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) Fasa Satu yang bermula dari tahun 2020 hingga 2022 khusus untuk Kelantan.

"Setakat ini sebanyak 24 daripada 91 struktur menara komunikasi baharu telah siap dibina bagi menyediakan perkhidmatan jalur lebar mudah alih 4G. Kesemua inisiatif ini akan siap secara berperingkat menjelang penghujung tahun 2022.

"Sokongan serta kerjasama erat daripada kerajaan negeri dapat memastikan sasaran dicapai dalam masa yang ditetapkan untuk kebaikan dan keperluan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan yang diajukan Bakri @ Mohd Bakri Mustapha (BN-Gual Ipoh) pada Persidangan DUN (Belanjawan) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini pada Khamis.

Mohamed Fadzli berkata, selain itu, sebanyak 949 stesen pemancar komunikasi sedia ada telah dinaik taraf kepada perkhidmatan jalur lebar mudah alih 4G dan 26,088 premis telah tersedia dengan akses gentian optik bagi menyediakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan gigabit.

Artikel Berkaitan: