Streram calon terbaik PH di PRK DUN Rantau

Lee Chean Chung
Lee Chean Chung
A
A
A

KUANTAN - PKR cabang Indera Mahkota menyokong penuh pemilihan Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S Streram, sebagai calon PH pada PRK DUN Rantau yang dijadualkan 9 April depan.

Ketuanya, Lee Chean Chung berkata, pemilihan Dr S Streram seperti yang diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam sudah mengambil kira pelbagai aspek dalam memastikan kemenangan pada PRK itu.

“Saya percaya presiden sudah membuat penilaian dan mengadakan perbincangan sama ada di dalam mahu pun di luar parti serta mendengar pandangan dari semua pihak sebelum membuat keputusan itu.

“Saya sendiri selaku salah seorang dari ahli Biro Politik parti boleh mengesahkan isu calon di Rantau ini telah dibincangkan panjang lebar dan ianya berjalan dengan baik,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN PRK DUN Rantau: Dr S Streram wakil calon PH

Beliau yang juga Bendahari Agung PKR dan ADUN Semambu berkata, semua pihak termasuk ahli PKR dan PH perlu memberikan sokongan penuh kepada calon yang dipilih.

“Kami sedar pilihan raya kecil kali ini bukan mudah kerana lawannya merupakan Pemangku Presiden UMNO dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Justeru Dr Streram merupakan calon terbaik kerana beliau mempunyai latar belakang yang cemerlang dan rekod khidmatnya yang baik kepada rakyat di Rantau,” katanya.

Chean Chung berkata, PRK itu juga peluang dan masa terbaik untuk PH membuktikan bahawa rakyat lebih mengutamakan isu pembangunan ekonomi, kestabilan sosial dan tidak lagi terpedaya dengan sentimen kaum dan agama sempit.

Artikel Berkaitan:

“Kami di Pahang khususnya di Indera Mahkota akan digerakkan jentera semaksimum mungkin bagi membantu kemenangan calon PH di PRK Rantau nanti,” katanya.