X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

6 pelajar MRSM Sultan Azlan Shah positif Covid-19

Seramai enam pelajar Tingkatan Lima Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar dikesan positif Covid-19.
A
A

IPOH - Seramai enam pelajar Tingkatan Lima Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar dikesan positif Covid-19.

Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin mengesahkan mengenai perkara tersebut dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, kes tersebut merupakan Kluster Jalan Kuala Kangsar Gerik yang dilapor pada 29 November lalu.

"Ya, benar (enam pelajar MRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar positif Covid-19).

"Kes ini merupakan kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kuala Kangsar Gerik," katanya ringkas kepada Sinar Harian pada Khamis.

Dalam laporan oleh Astro Awani pada Khamis, enam pelajar tersebut disahkan positif menerusi ujian saringan yang dijalankan.

Difahamkan semua pelajar Tingkatan Lima yang lain turut menjalani saringan bagaimanapun tidak dijangkiti virus tersebut.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!