Empat negeri rekod kadar kemiskinan tegar paling tinggi

KUALA LUMPUR - Negeri Kelantan, Sabah, Sarawak dan Perak merupakan antara negeri yang merekodkan kadar kemiskinan paling tinggi di Malaysia.
Bahkan, empat negeri itu juga merekodkan kadar kemiskinan tegar tertinggi berbanding negeri lain, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Eddin Syazlee Shith.
Tambah beliau, negeri yang mempunyai kadar kemiskinan paling rendah pula adalah Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan daripada Nga Kor Ming (PH - Teluk Intan) yang mencadangkan kerajaan ‘mengajar cara menangkap ikan, bukan hanya beri ikan’ kepada rakyat.