TLDM, Tentera Laut AS perkasa kerjasama pertahanan

Warga TLDM bersama kru pesawat P-8A Poseidon TLAS.
Warga TLDM bersama kru pesawat P-8A Poseidon TLAS.
A
A
A

SHAH ALAM - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terus memperkasakan kerjasama strategik bersama Tentera Laut Amerika Syarikat (TLAS) menerusi Aktiviti Latihan Maritim (MTA) 2021 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak 22 November lalu.

TLDM dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, objektif utama MTA 2021 ialah menambah baik kebolehsaling kendali antara dua pasukan keselamatan terbabit dalam usaha memperkasakan pertahanan maritim serantau.

Warga TLDM mendengar penerangan mengenai operasi pesawat P-8A Poseidon Tlas.
Warga TLDM mendengar penerangan mengenai operasi pesawat P-8A Poseidon Tlas.

"Kerjasama strategik pertahanan maritim dipertingkatkan melalui kaedah perkongsian idea dan kepakaran di lapangan, latihan bilateral tahunan berkonsepkan Subject Matter Expert Exchange (SMEE) dan Field Training Exercise (FTX).

"Kedua-dua angkatan laut mempamerkan persefahaman yang jitu menerusi penglibatan empat buah aset oleh TLDM iaitu KD Lekiu, KD Lekir, KD Kinabalu, helikopter Super Lynx dan bot tempur pantas," kata kenyataan tersebut pada Rabu.

Pelaksanaan latihan menerusi MTA 2021 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak 22 November lalu.
Pelaksanaan latihan menerusi MTA 2021 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak 22 November lalu.

Menurut kenyataan tersebut, tiga buah aset TLAS turut serta dalam latihan iaitu kapal USS Tulsa, pesawat peronda maritim P-8A Poseidon dan helikopter MH-60S.

Tambahnya, siri latihan laut yang melibatkan aset udara dan bot tempur itu menguji kebolehan anggota kedua-dua pasukan dalam peperangan konvensional melibatkan latihan antiserangan udara dan permukaan dan penembakan sasaran permukaan.

Artikel Berkaitan:

Helikopter Superlynx TLDM melaksanakan latihan pendaratan di geladak penerbangan USS Tulsa
Helikopter Superlynx TLDM melaksanakan latihan pendaratan di geladak penerbangan USS Tulsa

Kenyataan itu turut memaklumkan, pelaksanaan program SMEE membuktikan anggota dari kedua-dua negara bersedia untuk berkongsi kepakaran menerusi perbincangan dan pertukaran informasi secara bersemuka mahupun maya.

"Mendepani pandemik, pelaksanaan SMEE secara bersemuka bagi siri latihan Pemusnah Bahan Letupan (EOD), selaman, mining dan salvage melibatkan perkongsian idea dalam melaksanakan latihan dalam norma baharu," kata kenyataan berkenaan.

Pemeriksaan peralatan selaman oleh penyelam TLAS di KD Kinabalu.
Pemeriksaan peralatan selaman oleh penyelam TLAS di KD Kinabalu.