X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 24 Januari 2022

Harga ais tidak patut naik: PM

Ismail Sabri (tengah) dan Ronald ketika ditemui pemberita selepas meluangkan masa 30 minit di My Farm Outlet Kasih, dekat sini.
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegur syarikat bekalan ais yang menaikkan harga sehingga 50 sen sebungkus.

Menurutnya, kenaikan harga ais tidak patut berlaku kerana tiada kenaikan tarif air dan elektrik.

"Kalau kilang ais hendak naikkan harga, ia tidak mempunyai alasan. Kita beri air dengan harga yang murah di negara ini. Tiada sebab (kenaikan harga ais)," katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan harga barangan di My Farm Outlet Kasih, Presint 9, dekat sini pada Rabu.

Turut serta, Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenaikan laporan mengenai syarikat berkenaan yang menamatkan promosi untuk produk ais iaitu ais kisar dan ketulan bermula 1 Disember.

Antara alasan yang diberikan syarikat ialah kos penyelenggaraan lori semakin tinggi dengan kenaikan harga tayar, alat ganti lori dan minyak diesel.

Sementara itu, bagi kenaikan harga roti dan produk jenama Gardenia, Ismail berkata, satu kajian terperinci perlu dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi mencari punca kenaikan harga.

"Gandum ini kita tidak tanam sendiri dan perlu diimport, jadi mungkin memberi kesan," katanya.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia) sebelum ini dalam kenyataannya memaklumkan akan menyemak semula harga bagi produk keluarannya berkuat kuasa 1 Disember.

Peningkatan itu didakwa berlaku dalam dalam kos pengeluaran dan bahan yang di luar kawalan sekali gus meletakkan syarikat itu dalam kedudukan sukar tanpa sebarang pilihan kecuali menyemak semula harga


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!