X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Jelajah Dunia Akhir BWF: Jangan terlalu ‘tekan’ Zii Jia

Zii Jia - Foto AFP
A
A

JAGUH badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dianggap sudah bersedia untuk mengharungi Jelajah Dunia Akhir BWF di Bali, Indonesia bermula Rabu.

Legenda negara, Datuk Rashid Sidek berkata, Zii Jia tidak akan menyertai kejuaraan berprestij tersebut jika tidak bersedia baik dari aspek fizikal mahupun mental.

“Saya percaya Zii Jia telah melakukan persiapan terbaik bagi mengharungi kejohanan itu untuk mengembalikan semula momentumnya yang agak menurun sebelum ini.

“Cuma saya minta semua pihak tidak memberikan tekanan melulu kepada Zii Jia kerana umum mengetahui dia sedang dalam proses mencari rentaknya semula,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.

Untuk rekod, Zii Jia yang berada di ranking kelapan dunia diundi dalam Kumpulan B bersama-sama K Srikanth dari India, Kunlavut Vitidsarn (Thailand) dan Toma Junior Popov (Perancis). “Harapan Zii Jia untuk melangkah ke separuh akhir tetap ada berdasarkan undian peringkat kumpulan. Tetapi semua itu banyak bergantung kepada kondisi semasanya.

“Jadi kita perlu memberikan peluang kepada Zii Jia mengharungi setiap lawannya satu persatu tanpa perlu meletakkan sasaran terlalu tinggi kerana kecederaan yang dialami,” ujar Rashid.

Dalam pada itu, saingan beregu lelaki menyaksikan gandingan negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin diundi dalam Kumpulan B manakala beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah pula diundi dalam Kumpulan A.

Bagi beregu campuran, dua beregu profesional negara - Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying diundi dalam saingan Kumpulan A.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!