X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

PDRM Johor tawar diskaun saman trafik 50 peratus mulai esok

M Kumarasan
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 50 peratus bermula Rabu hingga 15 Disember ini.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Superintendan M Kumarasan berkata, tawaran itu tidak termasuk bagi kes lampu isyarat merah dan saman menggunakan lorong kecemasan yang dilakukan pada tahun ini.

"Begitu juga saman memotong secara bahaya, saman kemalangan, saman non compound, saman mahkamah bertanda m, saman lori bertanda ^ dan saman ubah suai ekzos yang semua kesalahan itu dilakukan dalam tahun ini.

"Orang ramai boleh membuat bayaran saman di semua kaunter di seluruh daerah kontinjen Johor bermula jam 8 pagi hingga 4 petang waktu bekerja," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berharap, tawaran tersebut dapat meringankan beban semua pihak yang dikenakan saman dan sebagai tanda penghargaan polis terutama penduduk Johor atas kerjasama dah komitmen dengan pihaknya.

Tujuan diskaun pembayaran saman itu, katanya, adalah bagi memberi ruang kepada pengguna jalan raya bagi menyelesaikan saman masing-masing.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, statistik saman tertunggak bagi kontinjen Johor adalah 10,073,023 melibatkan saman Pol 170A iaitu 7,154,780 saman dan saman Pol257 melibatkan 2,918,243 saman.

Katanya, sebanyak sebanyak 72 peratus saman dari tahun 2000 hingga 30 November masih belum dilunaskan bayaran.

Bagi penyelesaian bayaran saman pula, beliau berkata, 3,756,975 helai saman sudah dibayar.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!