Peniaga, penjaja harap proses naik taraf Pasar Raja Bot disegerakan

Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP) berharap proses naik taraf Pasar Raja Bot atau lebih dikenali Pasar Chow Kit di Kampung Baru yang tertangguh hampir 10 tahun dapat disegerakan.
Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP) berharap proses naik taraf Pasar Raja Bot atau lebih dikenali Pasar Chow Kit di Kampung Baru yang tertangguh hampir 10 tahun dapat disegerakan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP) berharap proses naik taraf Pasar Raja Bot atau lebih dikenali Pasar Chow Kit di Kampung Baru yang tertangguh hampir 10 tahun dapat disegerakan.

Yang Dipertua PPPKMWP, Datuk Mohamad Abdullah berkata, peniaga dan pengunjung di pasar itu dalam keadaan bimbang dan tidak selesa selepas projek naik taraf pasar tersebut tergendala terlalu lama selain pemaju yang dilantik pula bersilih ganti.

“Kita sudah utarakan permasalahan ini kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim supaya dapat menyelesaikannya seberapa segera yang mungkin.

“Pasar Raja Bot adalah satu pasar tumpuan warga kota dan pengunjung luar selain Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pasar Harian Selayang dengan jumlah mencecah antara 10,000 hingga 16,000 pengunjung setiap hari,” katanya kepada pemberita, di sini pada Selasa.

Shahidan sebelum itu bersama-sama dengan persatuan berkenaan mengadakan tinjauan mesra di sekitar Pasar Raja Bot dan meninjau tapak projek pembangunan semula pasar berkenaan.

Sementara itu, Shahidan ketika ditemui pemberita berkata, beliau akan berusaha memastikan masalah yang dihadapi peniaga di Pasar Raja Bot itu dapat ditangani segera.

“Insya-ALLAH sesuatu keputusan akan diambil untuk mempercepatkannya, ia tidak boleh tergendala terlalu lama, Khamis ini saya akan keluarkan kenyataan rasmi,” katanya.

Difahamkan, pembangunan semula pasar berusia 63 tahun itu dalam proses tender baharu sejak September selepas kontraktor sebelum itu ditamatkan. - Bernama

Artikel Berkaitan: