Tiada pemutihan pekerja asing, kerajaan perkenal 2 program rekalibrasi

M Saravanan
M Saravanan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang pemutihan melibatkan pekerja asing sebaliknya kerajaan memperkenalkan Program Rekalibrasi Pulang dan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja untuk kumpulan itu, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

Beliau berkata, program rekalibrasi itu diwujudkan bagi pekerja asing yang mempunyai dokumen sah, namun kehilangan pekerjaan kerana majikan 'gulung tikar'.

"Kita perkenalkan Rekalibrasi Kerja untuk mereka terus bekerja dan Rekalibrasi Pulang untuk yang mahu dihantar balik," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat pada Selasa.

Sesi perbahasan itu disertai 22 Ahli Parlimen dari blok kerajaan, pembangkang dan bebas.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus berjumlah RM835,666,800 kepada Kementerian Sumber Manusia dalam Bajet 2022 dengan lebih suara menyokong.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung pada Rabu. - Bernama

Artikel Berkaitan: