X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Lelaki warga India pulang dari Afrika Selatan positif Covid-19

Seorang lelaki India berusia 32 tahun yang tiba di Mumbai dari Afrika Selatan melalui Delhi disahkan positif Covid-19.
A
A

NEW DELHI - Seorang lelaki India berusia 32 tahun yang tiba di Mumbai dari Afrika Selatan melalui Delhi disahkan positif Covid-19, lapor Xinhua memetik laporan media pada Isnin.

Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada beliau dijangkiti varian Omicron Covid-19.

Penumpang itu tiba di India dari Afrika Selatan pada 24 November, dan disahkan positif berdasarkan sampel yang diambil semasa ketibaannya.

"Penumpang itu dalam perjalanan dari Cape Town ke Delhi melalui Dubai. Beliau memberikan sampel di Delhi dan dibenarkan menaiki penerbangan sambungan ke Mumbai. Setibanya di Mumbai, beliau didapati positif. Beliau tidak menunjukkan gejala dan melakukan kuarantin kendiri di rumah. Kemudian, lelaki itu dikuarantin di sebuah institusi," kata seorang pegawai kesihatan tertinggi di Mumbai.

Jabatan kesihatan Mumbai sudah memaklumkan pihak berkuasa lapangan terbang dan usaha dilakukan untuk mengesan penumpang dalam penerbangan yang sama dengan lelaki itu.

Sementara itu, sampelnya telah dihantar untuk penjujukan genom bagi mengetahui sama ada beliau membawa varian Omicron yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!