X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

PRU boleh selesaikan ketidakstabilan politik: Mohd Shafie

Mohd Shafie ketika berucap pada majlis Persidangan Tahunan Agung Warisan Bahagian Putatan, di Tanjung Aru, Kota Kinabalu.
A
A

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie yakin pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan menyelesaikan kemelut dan ketidakstabilan politik negara ini.

Beliau berkata, beberapa pilihan raya termasuk di luar negara telah diadakan ketika ini dan tidak wajar kenapa PRU tidak boleh dilaksanakan.

"Saya lihat kalau di Sarawak boleh diadakan (pilihan raya), Melaka boleh diadakan, kalau di Kanada boleh diadakan, kalau New Zealand pun diadakan. Untuk menyelesaikan ketidakstabilan negara kita mengapa tidak di negara kita tidak boleh diadakan.

"Bukan saya cakap tidak (diadakan), bukan saya cakap setuju, tetapi saya yakin untuk menyelesaikan dari segi kestabilan yang ada, kini bukan stabil, apa pun boleh terjadi di Parlimen," katanya kepada pemberita selepas hadir majlis Persidangan Tahunan Agung Warisan Bahagian Putatan, di Tanjung Aru, pada Ahad malam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung hasrat UMNO mahu menyegerakan PRU.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Semporna itu berkata, pelaksanaan PRU adalah berkaitan dengan mandat rakyat dan ia harus dikembalikan.

"Ini kerana mandat rakyat tidak ada. Mandat yang ada dicuri," katanya.

Ditanya berhubung kesediaan Warisan untuk menghadapi PRU termasuk di Semenanjung, Mohd Shafie berkata, jenteranya sudah bersedia sejak dari awal lagi.

"Ya, kita sudah bersedia, kita baru saja Pilihan Raya Negeri (PRN). Maknanya kita sedia dari Sabah cuma dulu kita dalam Pakatan Harapan (PH), maknanya kita pun ada persediaan dari awal.

"Yang penting bila ia akan diumumkan, kami tidak risau mengenainya," katanya.

Mohd Shafie sebelum itu memaklumkan Warisan akan melancarkan usaha melebarkan sayap ke Semenanjung pada 17 Disember ini.

"Kami akan melancarkan pada 17 Disember dan selepas itu kita akan bekerjasama rapat dengan rakan seperjuangan saya, Syed Saddiq Abdul Rahman (Pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia). Saya sudah bercakap dengannya, jadi saya fikir ia agak jelas," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!