Pencemaran kimia: 61 dirawat di ICU HSI

Dr Sahruddin Jamal
Dr Sahruddin Jamal
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 61 mangsa dirawat di Unit Kecemasan Hospital Sultan Ismail (HSI) hari ini selepas dua sekolah yang terlibat dengan pencemaran udara berikutan pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim Khamis lepas, diarahkan tutup kembali tengah hari tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata, daripada jumlah itu, seramai 57 murid dan empat dewasa termasuk seorang guru dari dua sekolah berkenaan, kini dirawat di HSI.

“Sembilan dirawat di zon merah, 25 di zon kuning manakala 27 lagi di zon hijau,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

2 sekolah diarah ditutup semula

Dua sekolah terjejas diarah tutup hingga Ahad

Pada Khamis lepas (7 Mac), dua sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Putih diarahkan tutup setelah ramai pelajar mengadu loya, muntah dan ada yang pengsan disyaki pencemaran udara ekoran pembuangan sisa kimia ke sungai yang terletak 500 meter dari kedua-dua sekolah berkenaan.

Situasi sama terjadi lagi kira-kira lima jam selepas kedua-dua buah sekolah itu dibuka semula hari ini setelah ditutup sejak Khamis lepas.

Artikel Berkaitan:

Punca sebenar kejadian belum dikenal pasti. - Bernama