Tubuh jawatankuasa tambah baik kurikulum, buku teks sejarah

Dr Maszlee Malik
Dr Maszlee Malik
A
A
A
KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan akan menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan Kurikulum dan Buku Teks Sejarah dalam masa terdeka.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, jawatankuasa itu akan bekerjasama dengan jawatankuasa sedia ada termasuk pakar rujuk daripada pelbagai tokoh akademik dalam ilmu sejarah sama ada di dalam mahupun luar negara.

Beliau berkata kementerian itu juga akan mengadakan beberapa siri wacana dengan tokoh-tokoh sejarawan bagi mendapatkan perspektif sejarah dengan naratif yang lebih segar dan produktif.

"Kementerian prihatin dengan pandangan pelbagai pihak tentang mata pelajaran Sejarah Kurikulum standard Sejarah digubal dengan tujuan untuk murid memperoleh perspektif yang lebih luas tentang perkembangan dunia serta memperkukuhkan semangat jati diri dan setia kepada negara," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Maszlee berkata demikian dalam sesi soal jawab lisan terhadap soalan Hasanuddin Mohd Yunus (PR-Hulu Langat) yang ingin tahu sejauh mana usaha kerajaan menggubal semula subjek Sejarah kerana terdapat fakta yang ditokok tambah.
Artikel Berkaitan:


Menjawab soalan tambahan Hasanuddin tentang usaha kerajaan agar subjek Sejarah menjadi lebih mesra sehingga menarik minat murid sekolah, Maszlee berkata kurikulum Sejarah ketika ini tidak lagi bergantung kepada pembentangan fakta sejarah dengan menghafal semata-mata, namun pelbagai unsur pedagogi terkini dimasukkan dalam pendidikan Sejarah.

"Walaupun demikian, kita mengambil cakna bahawa bukan semua guru mempunyai pendekatan kreatif terhadap Sejarah maka bermula tahun depan kementerian akan mengadakan pelbagai latihan untuk tajamkan lagi skil pedagogi guru-guru kita," katanya.- Bernama