X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

Ikram lancar lagu tema ‘Keluarga Utuh’

Ikram lancar lagu tema ‘Keluarga Utuh’ sempena Sambutan Bulan Keluarga 2021.
A
A

SHAH ALAM – Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) telah melancarkan lagu tema ‘Keluarga Utuh’ sempena Sambutan Bulan Keluarga 2021.

Pengarah sambutannya, Nahar Md Nor berkata, lagu itu bertujuan menyemarakkan lagi kasih sayang dan keharmonian antara ahli-ahli keluarga bagi mencapai keutuhan.

Menurutnya, video muzik lagu kekeluargaan terbitan Ikram dengan kerjasama SampaiJadi Records (SJR) boleh disaksikan di saluran YouTube TV Ikram melalui pautan https://youtu.be/qfixY832uUA.

“Ini merupakan lagu kedua Ikram yang diterbitkan bersama SJR. Lagu pertama ialah ‘Selamanya Malaysia’ sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2021 pada 15 Ogos hingga 16 September 2021,” katanya pada Ahad.

Lagu ‘Keluarga Utuh’ nyanyian Afdhal Thuairi dicipta oleh Rauf D, yang turut menyumbang lirik bersama Nahar dan Zarina Azhari.

Menurut Nahar, selain lagu, pelbagai aktiviti yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Ikram sempena Sambutan Bulan Keluarga 2021 yang bertemakan ‘Keluarga Utuh Kekuatan Negara’.

Antaranya ialah konvensyen keluarga utuh, webinar, filem pendek, kuiz, pertandingan video pendek, artikel dan poster-poster bertema kekeluargaan, di samping aktiviti-aktiviti kekeluargaan di peringkat Ikram negeri dan institusinya.

“Saya menjemput semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa agar bersama-sama menjayakan Sambutan Bulan Keluarga sepanjang November ini,” kata beliau.

Katanya lagi, sambutan ini selari dengan sambutan Bulan Keluarga Malaysia yang sedang dilaksanakan kerajaan pada bulan ini.

Ikram dijangka mengadakan majlis penutup Sambutan Bulan Keluarga pada 1 Disember ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!