Tempahan lembu sempena sambutan Aidiladha

A
A
A
Pengusaha lembu, Mohd Abdul Wafi Mohd Hasan, 28, melakukan kerja-kerja penyediaan lembu di kandangya ketika tinjauan sempena persiapan sambutan Aidiladha di Ulu Kuang Chemor.

Menurut Wafi, lembu beliau telah menerima tempahan sebanyak kira-kira 300 ekor lembu pada sambutan Aidiladha, tahun ini.

Seekor lembu ditawarkan dengan harga antara RM4,800 hingga RM6,000 bergantung kepada saiz.

Semalam, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha, 29 Jun ini.