Hina Islam: Pendakwah muda difitnah

Kata-kata cacian yang dimuat naik melalui akaun Facebook palsu berkenaan.
Kata-kata cacian yang dimuat naik melalui akaun Facebook palsu berkenaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pendakwah tidak dapat lari daripada ujian difitnah dan itu dilalui oleh seorang anak muda yang aktif melakukan kerja mengembangkan syiar Islam, Fadhil Azri Ismail.

Pemuda berusia 30 tahun ini difitnah yang mana gambarnya disalah guna individu yang ‘panas hati’ dengan kerja dakwah yang dilakukannya.

Gambar Fadhil dijadikan gambar profile akaun Facebook palsu yang memuat naik status serta komen menghina agama Islam.

Fadhil yang juga seorang pereka grafik di sebuah syarikat swasta di Bukit Jalil ketika dihubungi Sinar Harian berkata, dia tenang malah sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam urusan kerja dakwah yang dilaksanakan.

Akauan Facebook palsu menggunakan gambar Fadhil.
Akauan Facebook palsu menggunakan gambar Fadhil.

“Difitnah memang salah satu cabaran dalam usaha melakukan kerja dakwah, dan inilah dia fitnah di era zaman moden, berlaku di media sosial, saya hadapinya dengan tenang.

“Saya dapat tahu tentang perkara ini Sabtu lalu, selepas rakan-rakan ‘tag’ saya di Facebook dan semalam saya buat laporan polis sebagai langkah keselamatan.

“Dah pasti ramai rakan terperanjat dengan perkara itu, tapi mereka jugalah yang memberi sokongan dan kata semangat untuk saya terus positif,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Fadhil memberitahu, dia baru bergiat secara aktif berdakwah sejak tiga tahun lalu dengan menyertai pendakwah terkenal Firdaus Wong Wai Hung yang juga Pengasas Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM) atau Mualaf Berbilang Bangsa.

“Kami buat kerja dakwah jalanan malah ramai juga golongan yang telah murtad PM saya di Facebook menyatakan rasa insaf dan ingin kembali kepada Islam.

Fadhil membuat laporan polis semalam.
Fadhil membuat laporan polis semalam.

“Dari situ mungkin ada yang tak suka dengan usaha dakwah yang kami lakukan maka mereka tabur fitnah dengan salah guna gambar saya. Golongan ini sangat terdesak hendak menghentikan usaha dakwah,” katanya.

Fadhil berkata, fitnah yang timbul sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk terus berdakwah.

Malah katanya, dia akan terus memperluaskan kerja dakwah, tidak akan pernah penat turun ke jalanan menerangkan tentang apa itu Islam yang sebenarnya dan mengajak untuk lebih ramai orang mencintai Islam.

“Kebiasaannya kerja dakwa saya bersama sahabat dan NGO (Badan Bukan Kerajaan) Islam akan dilakukan setiap hujung minggu dan pada waktu malam selepas selesai waktu bekerja,” katanya.

Fadhil menambah, gambar yang disalah guna adalah gambar yang dimuat naik di Facebooknya pada 1 Mac lalu ketika dia menziarah sahabatnya yang sedang dirawat di sebuah Hospital di Rawang.

Gambar Fadhil ketika menziarah sahabatnya di hospital diubah suai dan dijadikan gambar profile akauan Facebook palsu.
Gambar Fadhil ketika menziarah sahabatnya di hospital diubah suai dan dijadikan gambar profile akauan Facebook palsu.