KKMM, Sarawak bincang kempen PRN guna media rasmi kerajaan

Annuar Musa - Foto Bernama
Annuar Musa - Foto Bernama
A
A
A

SARIKEI - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan berbincang dengan kerajaan negeri Sarawak bagi mendapatkan input sama ada wujud keperluan untuk calon Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 negeri itu berkempen menerusi saluran televisyen dan radio rasmi kerajaan.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, buat masa ini pihaknya sudah mengguna pakai konsep berkenaan dalam PRN Melaka lalu dan sedang dalam proses 'post mortem'.

“Sarawak unik dan berbeza dari Melaka, jadi kita akan rujuk kerajaan negeri, tengok apa yang sesuai apa patut, yang penting apa diperlukan untuk memberikan pendedahan kepada calon-calon (PRN Sarawak).

"Secara konsep boleh dilaksanakan, tapi saya perlu berbincang dengan kerajaan negeri,” katanya selepas merasmikan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di Kampung Selalang, pada Ahad.

Sebelum ini, Annuar berkata, parti-parti kerajaan lebih bersikap terbuka dalam menghadapi PRN Melaka dengan memberi ruang sama rata kepada semua parti termasuk parti lawan dalam kempen dan kerajaan juga membenarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan poster serta biodata calon yang bertanding pada PRN Melaka lalu.

SPR menetapkan 18 Disember depan sebagai tarikh pengundian PRN Sarawak manakala hari penamaan pada 6 Disember. - Bernama

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan: