Maszlee dijangka umum sertai PKR esok

Maszlee
Maszlee
A
A
A

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dijangka membuat pengumuman menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu majlis di Kampung Baru Machap, Simpang Renggam pada Sabtu.

Bagaimanapun, bekas Menteri Menteri Pendidikan itu enggan mengulas berkenaan perkara tersebut ketika dihubungi Sinar Harian.

"Ikuti 'life' Facebook saya esok, jam 4 petang," katanya ringkas menerusi mesej aplikasi WhatsApp pada Jumaat.

Pada Sabtu akan diadakan Majlis Jelajah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen Simpang Renggam di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung tersebut.

Dalam majlis itu Dr Maszlee dijangka membuat pengumuman menyertai PKR disusuli sidang akhbar berkenaan keputusannya itu.

Beliau sebelum ini seorang ahli akademik dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sebelum dipilih bertanding dan menang kerusi Parlimen Simpang Renggam pada Raya Umum ke-14 (PRU14).

Semasa dalam Bersatu, beliau seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti namun dipecat pada Mei tahun lalu selepas kemelut dalam parti tersebut yang mengambil keputusan meninggalkan PH.

Beliau kemudian menyertai Parti Pejuang Tanah Air namun mengumumkan penarikan dirinya daripada parti tersebut pada November tahun sama dan bergerak sebagai Ahli Parlimen Bebas sehingga hari ini.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Maszlee keluar parti Pejuang